Sunday 22 April 2012

CONTOH-CONTOH IMEJ BINTANG DAN GALAKSI

BETAPA INDAH DAN UNIKNYA CIPTAAN ILAHI,
CUBA KITA RENUNGKAN,
SEGALA YANG DIBUAT INI UNTUK MANFAAT KEPADA MANUSIA,
FIKIRKAN ADAKAH KITA SERINGKALI MERENUNG HIKMAH CIPTAAN ALLAH KEPADA KITA,....
ADAKAH KITA BERSYUKUR ATAS KURNIAN ILAHI INI....
DAN ADAKAH KITA MENJALANKAN TUGAS YANG DI AMANAHKAN KEPADA KITA....










'WAHAI TUHAN KU TAK LAYAK KE SYURGAMU.....
NAMUN TAK PULA AKU SANGGUP KE NERAKAMU....

AMPUNKAN DOSAKU TERIMALAH TAUBATKU....
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN DOSA HAMBAMU...'

SOALAN PENGUKUHAN

SOALAN OBJEKTIF

1. Lapisan atmosfera Matahari manakah boleh dilihat dengan jelas dari bumi adalah?

A Korona                                     C Kromosfera
B Fotosfera                                  D Prominen

2. Maklumat berikut merujuk kepada suatu fenomena pada permukaan Matahari.

  • Pancutan besar gas yang bersinar
  • Hanya dapat dilihat semasa berlakunya gerhana matahari penuh
Apakah fenomena ini?

A Tompok Matahari                              C Prominen
B Nyalaan suria                                     D Aurora

3. Antara yang berikut, yang manakah bintang yang paling kecil?

A Raksasa merah                                    C Bintang neutron
B Bintang kerdil putih                            D Bintang super raksasa

4. Awan gas dan debu yang digunakan dalam pembentukan bintang dikenali sebagai

A Nebula                                                 C Galaksi
B Lohong hitam                                      D Supernova

5. Apakah Galaksi?

A Awan besar gas dan debu di angkasa
B Sekumpulan berjuta-juta bintang bersama debu dan gas di alam semesta
C Jasad besar yang berbara seperti suatu super raksasa
D Sekumpulan matahari, bulan dan bintang

6. Sebuah bintang merupakan suatu

A Kumpulan galaksi
B Planet yang mengelilingi Matahari
C Himpunan cahaya cerah dan gas panas
D Jasad cakerawala bergas panas yang mengeluarkan cahaya dan haba

7. Warna bintang dipengaruhi oleh

A Ketumpatan
B Isi padu
C Suhu
D Berat

8. Apakah proses yang digunakan untuk menghasilkan tenaga pada Matahari?

A Letupan
B Sinaran
C Pelakuran nuklear
D Pembelahan nuklear

9. Jasad yang manakah paling besar?

A Matahari
B Bintang
C Galaksi
D Alam semesta

10. Yang manakah bukan ciri Bima Sakti?

A Ia merupakan satu galaksi pilin
B Sistem suria ialah pusat bagi Bima Sakti
C Ia terdiri daripada bintang, gas, gugusan bintang dan debu kosmik
D Ia memutar perlahan sau peredaran dalam 200 juta tahun


SOALAN SUBJEKTIF

P

 Q

A) Nyatakan jenis galaksi P dan Q pada rajah berikut:

P: ..............................................................................................................................
Q:...............................................................................................................................

B) Apakah jenis galaksi Bima Sakti?
......................................................................................................................................

C) Di manakah letaknya Matahari di Bima Sakti?
.....................................................................................................................................

VIDEO TENTANG BINTANG DAN GALAKSI