Tuesday 14 February 2012

BINTANG DAN GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA

  • Definisi Bintang
Adalah bintang cerah di dalam angkasa lepas yang dapat menghasilkan tenaga sendiri.
Matahari  ialah bintang kerana ia menghasilkan tenaga melalui pelakuran nukleus.
  • Jenis-jenis bintang
Berdasarkan ciri-cirinya:
  1. Warna dan suhu
  2. Kecerahan
  3. Jisim dan ketumpatan
  4. Saiz
  5. Komposisi kimia
  • pembentukan dan kematian bintang
pembentukan bintang




Berdasarkan imej di atas, pembentukan bintang bermula dengan Nebula akan mengecut di bawah pengaruh daya graviti yang kuat. Nebula semakin mengecut akan membentuk bebola gas apabila zarah-zarah debu dan gas bergerak menghampiri satu sama lain.

Bebola tadi juga semakin mengecut dan suhu teras semakin meningkat. Apabila suhu mencapai 10 juta kelvin, satu tindak balas termonukleus dipanggil palakuran nukleus menyebabkan paduan dua nukleus hidrogen untuk membentuk satu nukleus helium berlaku. Proses ini menghasilkan tenaga haba dan cahaya yang banyak dan sebuah bintang terbentuk.
Kematian Bintang




~Jangka hayat bergantung kepada bekalan hidrogen dalam terasnye
~Kematian bintang berubah menjadi kerdil putih, bintang neutron atau lohong hitam bergantung kepada saiz kematian bintang

Galaksi

~Koleksi berjuta-juta bintang , planet, gas dan debu yang dihimpunkan oleh daya graviti
~Tiga jenis galaksi:

1.Galaksi Elips
  • Berbentuk bulatan  atau bujur yang licin dan tidak berlengan
  • Kecerahannya paling tinggi di pusat dan semakin malap di pinggir
2.Galaksi Pilin
  • Berbentuk cakera dan terdiri daripada bintang-bintang yang terkumpul di pusaran dan mempunyai lengan berlingkar disisinya
3.Galaksi Tak Seragam
  • Tidak mempunyai corak atau bentuk yang tetap
  • Wujud pelbagai bentuk dan biasanya bintang lebih muda dan sgt panas

Definisi alam semesta

~Terdiri daripada berjuta-juta galaksi yang setiap satu mempunyai ciri-ciri tersendiri








    5 comments:

    1. Hai saya nak tanya sesuatu saya nak penerokaan ada angkasa lepas tentang bintang dan galaksi dalam alam semesta... boleh ?

      ReplyDelete