Monday 13 February 2012

BUKTI KEBESARAN ALLAH

Dunia ini adalah ciptaan ALLAH.  ALLAH jua yang menciptakan semua makhluk seperti manusia, binatang, matahari, bintang bulan dan semua yang ada di dunia ini. Ini menunjukkan bahawa ALLAH maha berkuasa mengadakan sesuatu dan hanya dia yang mengentahui hikmah dari ciptaannya. Kita sebagai makhluk ALLAH perlu sentiasa bermuhasabah dan menghitung diri akan apa yang dilakukan setiap hari dan sentiasa melakukan perubahan yang positif.

Siang dan malam silih berganti tanpa ada pelanggaran antara satu sama lain. Matahari , bulan dan bintang sentiasa ada pada paksinya dan waktunya jutaan tahun dan tidak diketahui mulanya. Ini juga membuktikan kekuasaan ALLAH.

Jesteru itu, blog ini akan memaparkan tentang BINTANG dan GALAKSI ciptaan ALLAH. Dengan paparan maklumat mengenainya diharap sahabat -sahabat sekalian dapat menginsafi diri dan saling berkongsi pengentahun samaada mengenai topik kita mahupun lain-lain yang berkaitan dengan kekuasaan ALLAH. Insyallah

No comments:

Post a Comment