Tuesday 14 February 2012

BINTANG DAN GALAKSI

Ciri-ciri Matahari
~Matahari ialah bintang tunggal dalam sistem suria yang menghasilkan tenaga cahaya dan menjana tenaga haba.
~Kedudukannya paling dekat dengan bumi, lebih kurang 150 juta km dari bumi

Stuktur Matahari
~Terdiri daripada tiga lapisan:
  • Korona
~Lapisan yang terbesar dan terpanas
~Dapat dilihat semasa berlaku gerhana matahari
  • Kromosfera
~Lapisan di antara korona dan fotosfera
~Terdiri daripada hidrogen, helium dan kalsium
~Dapat dilihat semasa  gerhana matahari sebagai cincin cahaya yang berwarna merah keunguan
  • Fotosfera
~Permukaan berkilau pada matahari yang kelihatan dari bumi
~Hampir semua tenaga cahaya yang diterima oleh bumi darinya
~Fenomena yang biasa berlaku:
  1. Tompok matahari
  2. Prominen
  3. Nyala suria

1. Tompok Matahari
~Kawasan gelap yang lebih sejuk daripada bahagian sekitar
~Tidak kekal di permukaan matahari, boleh muncul dan hilang dalam tempoh beberapa hari, minggu atau bulan

2. Prominen

~Lengkungan besar yang terbentuk daripada gas panas
~Sesetengah memancutkan bahan daripada matahari ke angkasa lepas

3. Nyala suria

~Letusan gas yang berlaku secara tiba-tiba di sekitar tompok matahari atau prominen
~Berlaku apabila gas dan zarah-zarah bercas yang banyak meletup daripada fotosfera

  • Prominen dan tompok matahari boleh menghasilkan gelombang elektromagnetik yang kuat mengakibatkan angin suria
Penjanaan Tenaga Suria

~ Komponen utama dalam matahari ialah hidrogen dan helium
~Matahari memperoleh tenaga daripada tindakbalas termonukleus yang berlaku dalam teras matahari
~Suhu amat tindak semasa tindakbalas ini menyebabkan nukleus hidrogen berpadu untuk membentuk nukleus helium.
~Proses ini menjana banyak tenaga haba dan tenaga cahaya yang disebarkan ke permukaan matahari secara sinaran dan perolakan
~Sebahagian tenaga matahari dipancarkan dalam bentuk elektromagnetik

No comments:

Post a Comment